Monday, April 7, 2008

Temui Akhil Hayy Di Forum Perdana Ehwal Islam UUM

Warga Universiti Utara Malaysia (UUM) berpeluang menemui UstazAkhil Hayy Rawa yang menjadi panel di program Forum Perdana Ehwal Islam pada 16April ini.Beliau bersama pensyarah UUM dan penceramah bebas, Dr Ahmad Bashir Aziz akanmengupas forum yang bertajuk ‘Satu Impian, Satu Cinta, Satu Rasul’ diperkarangan Masjid Sultan Badlishah UUM jam 8.30 malam.Pengarah projek, Mohd Syauqi Shafiai berkata program anjuran Dewan PenginapanPelajar Yayasan Albukhary dan Pusat Islam UUM itu bertujuan melahirkanpelajar-pelajar yang bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik malah mempunyaikarisma yang hebat.“Dengan menampilkan kedua-dua penceramah yang berpengalaman ini mereka dapatbersama-sama memberi pandangan serta buah fikiran yang menyumbang kepada bidangsosial dan pembangunan kehidupan masyarakat masa kini berlandaskan Islam.“Program ini juga mampu membudayakan corak kehidupan yng dianjurkan Islammelalui perbincangan dan ceramah secara terbuka dengan cara yang baik,” kataMohd Syauqi.Beliau percaya majlis ilmu ini akan memberikan 1001 manfaat dan input bergunakepada mahasiswa UUM dan memberi peluang kepada mahasiswa memperbaiki diri sertamemantapkan akhlak juga sahsiah melalui pengisian forum.Semua warga kampus dialu-alukan untuk menyertai program tersebut dan sebarangpertanyaan serta maklumat lanjut hubungi Mohd Syauqi di talian 012-7191697.

No comments: