Sunday, April 6, 2008

UUM Bantu LADA Promosi Langkawi Geopark

Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Persatuan PengurusanPembangunan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS)akan menganjurkan ‘Langkawi Geopark Eco-Rectour Campaign 2008 (LAGEC’08) sebagaisatu usaha membantu mempromosikan Langkawi Geopark.Program dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Majlis TindakanPelancongan Negeri Kedah (Langkawi) itu akan diadakan pada 11 hingga 12 April ini.Pengarah projek, Atikah Pazil berkata sebagai sebuah institusi pengajian tinggidi Utara UUM merasakan satu keperluan untuk membantu LADA mempromosikankewujudan Langkawi Geopark kepada umum.“Peluang ini menjadi nilai tambah kepada kami mahasiswa UUM untuk memberikansumbangan kepada negeri Kedah dalam sektor pelancongan selain mempromosikanTahun Melawat Kedah 2008.“Langkawi merupakan pusat pelancongan yang menjadi destinasi pilihan pelancongdari dalam mahupun luar dan melalui program ini dapat membantu badan pelanconganLangkawi menyebarkan maklumat tentang Langkawi Geopark,” kata Atikah.Program yang berkonsepkan kecergasan terhadap stamina fizikal dan mentalindividu ini merangkumi aktiviti senamrobik serta larian untuk kecergasan danakan disertai oleh 39 pelajar UUM.Atikah berkata, Pengurus Besar LADA, Dato’ Kamaruzaman Abdul Ghani juga akanbersama-sama pelajar UUM dan penduduk Langkawi menyertai senamrobik dan LarianCergas LAGEC’08 di Dataran Lang.Selepas itu, kesemua mereka akan meyusuri Langkawi Geopark bagi menghayatikeunikan dan keindahan tempat pelancongan tersebut.

No comments: